Tamadun Mesir Purban juga telah mengiktirafkan wanita sebagai pemimpin. Pada Zaman Empayar seorang wanita telah dilantik menjadi firaun, iaitu Firaun hatshepsut ( 1501---1479 S.M.) Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanin\an yang subur. Keupayaan beliau membawa perubahan ini telah meletakkan beliau setanding dengan pencapaian firaun yang lain. Ini menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba mampu memerintah serta memiliki status yang tinggi. Kerahhan Mesir Purba juga merupakan kerajjan berbentuk empayar yang meliputi sebuah kawasan yang luas termasuklah wilayah di Nubia di selatan Mesir hingga ke utara serta barat dan juga wilayah di sebelah Asia, iaitu wilayah di Palestin hingga Lubnan dan Syria.

Perkembangan aktiviti ekonomi turut mempengaruhi perkembangan tamadun awal Mesir Purba. Dengan wujudnya pengkhususan kerja seperti penemuan dan pembuatan barang tembikar dan juga peralatan, Mesir Purba telah berkembang maju. Ekonomi utama Mesir Purba ialah tetkstil dan kertas. Antara aktiviti ekonomi lain yang dijalankan termasuklah perlombongan emas di kawasan Nubia. Pengangkutan di air memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir Puraba. Sungai Nil yang lebar dan dalam membolehkan kapal-kapal menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum dan Heliopolis. Sistem pemerintahan yang terancang telah berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di perlabuhan Mesir Purba.
Orang Mesir Purba percaya kepada konsep politeisme. Setiap tuhan orang Mesit Purba selalu dikaikan dengan unsur alam seperti Re ( Tuhan Matahari ), Ra-Atum ( Tuhan Langit ) dan Amun ( Tuhan Angin ).
Orang Mesir Purba juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Oleh itu, mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti. Makam mayat juga perlu dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati. Mayat tersebut juga diiringi barangan serta kelengkapan harian yang ditanam bersama-sama dengannya. Solekan mayat, alat kebesaran, dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.
Tamadun Mesir Purba juga mempunyai sistem tulisan yang dikenali sebagai hieroglif. Sistem tulisan tamadun Mesir Purba berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi. Sistem tulisan sangat penting dalam proses perkembangan tamadun Mesir Purba terutamanya untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan juga pengutipan cukai. Tulisan juga memainkan pernanan penting dalam tamadun Mesir Purba untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.
No comments:
Post a Comment