Mesir berkembang pada tahun 10000 S.M dan akhir pada 5000 S.M.
Pada 3500 S.M., wilayah di persekitaran delta dan pertengahan Mesir telah berkembang. Ini juga mulanya tamadun.
Selepas kegemilangan pada Zaman Empayar, Mesir telah mengalami keruntuhan dan dikuasai oleh orang asing.
· August 7th, 2009 by Tamadun Mesir Purba
· Manusia Mesir Purba telah mencapai tahap-tahap kebudayaan gangsa pada zaman logam ejak tahun 5000 S.M. Sepanjang Sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu. Pertukaran cuaca dan terlebih ragut sekitar 8000 SM mula mengeringkan padang ragut di Mesir dan akhirnya mendorong kepada pembentukan Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat.
· Nomes merupakan separa kebangsaan division pentadbir Mesir Atas dan Bawah conthnya bandar Thinis, Memphis, dan Thebes.
· Firaun Menes merupakan pemerintah kedua kerajaan ini . Beliau berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah kerajaan. dan mengetuai struktur negara Mesir silam.
· Gambar berikut merupakan Firaun dan perkataan Firaun dalam tulisan Hieroglif
· Firaun dianggap sebagai dewa, hubungan antara manusia dan para dewata. Di bawahnya adalah kerajaan, adalah 2 wazir (satu bagi Mesir Atas dan satu lagi bagi Mesir Bawah) dan pelbagai pegawai. Di bawahnya di sebelah keugamaan adalah paderi besar dan pelbagai paderi lain. Secara umumnya, kedudukan ini diwarisi dari bapa kepada anak lelaki sulung. Kadang-kala aturan ini terbantut, dan kadang-kala wanita memegang kuasa.
No comments:
Post a Comment