Sunday, 18 August 2013

Tamadun Mesir Purba


 
 
 


Zaman Purba Mesir merujuk kepada kebudayaan di Hulu Lembah Nil menganjur dari ke selatan sehingga Jebel Barkal, Napata [1], keutara sehingga Laut Mediterranean, walaupun mempunyai saiz berbeza sepanjang sejarahnya sekitar 3200 SM hingga 332 SM, dengan penaklukan oleh Alexander Agung. Sebagai kebudayaan yang berasaskan pengairan ia merupakan contoh jelas empayar hidrolik.  

     Kebanyakan daripada geografi Mesir terletak di Afrika Utara, walaupun Semenanjung Sinai adalah dalam Asia barat daya. Negara ini mempunyai persisiran pantai Laut Mediterranean dan Laut Merah; ia bersempadan dengan Libya di barat, Sudan di selatan, dan Semenanjung Gaza, Palestin dan Israel ke timur. Mesir Purba terbahagi kepada dua kerajaan, dikenali sebagai Mesir Hulu dan Hilir. Berlainan dengan kebiasaan, Mesir Hulu (Upper Egypt) terletak di selatan dan Mesir Hilir (Lower Egypt) di utara, dinamakan menurut aliran sungai Nil. Sungai Nil mengalir ke utara dari titik selatan ke Mediterranean bukannya kebahagian selatan daripada titik utara. Sungai Nil, yang merupakan tumpuan penduduk negara tersebut telah menjadi sumber kehidupan bagi kebudayaan Mesir semenjak kebudayaan Naqada dan Zaman Batu
Sejarah[sunting]

       Penduduk Mesir purba sendiri menjejak asal keturunan mereka kepada tanah yang mereka kenali sebagai Punt, atau "Ta Nteru" ("Tanah Dewa-dewa"). Suatu suatu masa dahulu, ia biasanya diagak sebagai terletak di apa yang sekarang ini dikenali sebagai persisiran Somalia, Punt sekarang ini dipercayai sebagai terletak samaada di selatan Sudan atau Eritrea. Sejarah Mesir purba sebenar bermula dengan Mesir sebagai negara bersatu, yang berlaku pada satu ketika sekitar 3000 SM, walaupun bukti arkeologi menunjukkan bahawa masyarakat Mesir maju mungkin telah wujud untuk tempoh yang lebih lama.

http://bits.wikimedia.org/static-1.22wmf11/skins/common/images/magnify-clip.pngSphinx Agung Giza, dipercayai menyerupai Khafre, kk. 2600 SM. Ciri-ciri muka dijumpai di Timur laut Afrika. Ukiran batu tunggal terbesar di dunia. 

     Sepanjang Sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu. Bukti turut menunjukkan kehadiran manusia di barat daya Mesir, berhampiran sempadan Sudan, sebelum 8000 SM. Pertukaran cuaca dan/atau terlebih ragut sekitar 8000 SM mula mengeringkan padang ragut di Mesir, yang akhirnya mendorong kepada pembentukan Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat. Terdapat bukti ternakan dan penanaman bijirin di Timur Sahara pada alaf ke-7 SM. Sehingga 6000 SM penduduk Mesir purba di sudut baratdaya Mesir telahpun mengembala lembu dan membina bangunan besar. Mortar dalam pembinaan bangunan telah digunakan menjelang 4000 SM. Tempoh Pradinasti Mesir berterusan sepanjang tempoh masa ini, sebelumnya dipegang pelbagai oleh kebudayaan Naqada. Sesetengah pakar bagaimanapun memulakan Predinasti Mesir lebih awal, di Paleolithik Bawah (lihat Pradinasti Mesir). 
    Penulisan[sunting]
    Pengkaji Mesir Purba merujuk kepada tulisan Mesir sebagai hieroglif, bersama dengan skrip baji Mesopotamia menjadi sistem penulisan tertua di dunia. Skrip hieroglif sebahagiannya silabik, sebahagiannya ideografik.
Hieratik adalah bentuk hieroglif Mesir bersambung yang pertama sekali digunakan semasa Dinasti Pertama (kk. 2925 SM - kk. 2775 SM). Istilah Demotik dari sudut Mesir, iaitu, "asal" dari sudut pandangan Hellenistik, berubah menjadi merujuk kepada kedua-dua skrip dan bahasa yang selepas tahap Mesir Silam Akhir daripada Nubian dinasti ke-25 sehingga ia dipinggirkan oleh Yunani Koine pada awal abad AD. Selepas penaklukan oleh Umar ibn al-Khattab, bahasa Koptik kekal sehingga Zaman Pertengahan sebagai bahasa keagamaan oleh minoriti Kristian.
     Skrip hieroplif akhirnya tidak lagi digunakan sekitar abad ke-4, dan mulai dijumpai kembali semenjak abad ke-15 (lihat Hieroglifik).

 Asas tamadun maju Mesir[sunting]


    Mesir purba telah banyak dipengaruhi oleh sungai Nil, yang telah membolehkan negara Mesir didiami manusia. Sungai Nil yang banjir secara berkala dengan tetap pada musim panas membawa bersamanya lumpur yang subur, dan surut tepat pada masanya pada musim menanam, memberikan penduduk Mesir satu perasaan bahawa alam semulajadi adalah tenang dan memberi banyak kebajikan.
  Negara Mesir yang dikelilingi oleh gurun dan Laut Merah menjadikannya agak bebas daripada ancaman negara luar. Kepentingan sungai Nil pada penduduk Mesir dapat dilihat melalui perkataan mengembara bagi orang Mesir, iaitu khed menghilir atau khent mudik ke hulu. Malah pakar sejarah Yunani, Herodotus menggelarkan Mesir sebagai hadiah daripada sungai Nil.  


                                           

Lokasi

 
Mesir Purba merupakan anugerah sungai Nil yang mengalirndari bahagian utara Mesir ke Laut Mediteranean.
Sungai Nil berpunca daripada:  
-Sungai Nil Biru (Ethiopia)
-sungai nil putih (Tasik Victoria di Uganda)

Limpahan air sungai Nil ke tanah yang gersang dan berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir rurba kepada tanah yang sangat subur untuk pertanian dan petempatan manusia.
 

Kerangka Masa

Mesir berkembang pada tahun 10000 S.M dan akhir pada 5000 S.M.

Pada 3500 S.M., wilayah di persekitaran delta dan pertengahan Mesir telah berkembang. Ini juga mulanya tamadun.

Selepas kegemilangan pada Zaman Empayar, Mesir telah mengalami keruntuhan dan dikuasai oleh orang asing.
·         Proses Pembentukan dan Firaun
·         August 7th, 2009 by Tamadun Mesir Purba
·         Manusia Mesir Purba telah mencapai tahap-tahap kebudayaan gangsa pada zaman logam ejak tahun 5000 S.M. Sepanjang Sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu. Pertukaran cuaca dan terlebih ragut sekitar 8000 SM mula mengeringkan padang ragut di Mesir dan akhirnya mendorong kepada pembentukan Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat. 

·         Nomes merupakan separa kebangsaan division pentadbir Mesir Atas dan Bawah conthnya bandar Thinis, Memphis, dan Thebes.


·         Firaun Menes merupakan pemerintah kedua kerajaan ini . Beliau berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah kerajaan. dan mengetuai struktur negara Mesir silam.




·         Gambar berikut merupakan Firaun dan perkataan Firaun dalam tulisan Hieroglif 


·         Firaun dianggap sebagai dewa, hubungan antara manusia dan para dewata. Di bawahnya adalah kerajaan, adalah 2 wazir (satu bagi Mesir Atas dan satu lagi bagi Mesir Bawah) dan pelbagai pegawai. Di bawahnya di sebelah keugamaan adalah paderi besar dan pelbagai paderi lain. Secara umumnya, kedudukan ini diwarisi dari bapa kepada anak lelaki sulung. Kadang-kala aturan ini terbantut, dan kadang-kala wanita memegang kuasa.

Sistem pemerintahan Tamadun Mesir Purba

Sistem pemerintahan Mesir Purba diterajui oleh raja,iaitu firaun. Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran,menjaga keamanan,mengurus,dan mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara. Golongan bangsawan ini merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai,penasihat,dan juga gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki. Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir  hal keagamaan. Urusan pentadbiran ini juga turut dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan.

  Tamadun Mesir Purban juga telah mengiktirafkan wanita sebagai pemimpin. Pada Zaman Empayar seorang wanita telah dilantik menjadi firaun, iaitu Firaun hatshepsut ( 1501---1479 S.M.) Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanin\an yang subur. Keupayaan beliau membawa perubahan ini telah meletakkan beliau setanding dengan pencapaian firaun yang lain. Ini menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba mampu memerintah serta memiliki status yang tinggi. Kerahhan Mesir Purba juga merupakan kerajjan berbentuk empayar yang meliputi sebuah kawasan yang luas termasuklah wilayah di Nubia di selatan Mesir hingga ke utara serta barat dan juga wilayah di sebelah Asia, iaitu wilayah di Palestin hingga Lubnan dan Syria.
        


                                                 
Perkembangan aktiviti ekonomi turut mempengaruhi perkembangan tamadun awal Mesir Purba. Dengan wujudnya pengkhususan kerja seperti penemuan dan pembuatan barang tembikar dan juga peralatan, Mesir Purba telah berkembang maju. Ekonomi utama Mesir Purba ialah tetkstil dan kertas. Antara aktiviti ekonomi lain yang dijalankan termasuklah perlombongan emas di kawasan Nubia. Pengangkutan di air memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir Puraba. Sungai Nil yang lebar dan dalam membolehkan kapal-kapal menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum dan Heliopolis. Sistem pemerintahan yang terancang telah berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di perlabuhan Mesir Purba.


  Orang Mesir Purba percaya kepada konsep politeisme. Setiap tuhan orang Mesit Purba selalu dikaikan dengan unsur alam seperti Re ( Tuhan Matahari ), Ra-Atum ( Tuhan Langit ) dan Amun ( Tuhan Angin ).
 


 
Orang Mesir Purba juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Oleh itu, mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti. Makam mayat juga perlu dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati. Mayat tersebut juga diiringi barangan serta kelengkapan harian yang ditanam bersama-sama dengannya. Solekan mayat, alat kebesaran, dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.
 
Tamadun Mesir Purba juga mempunyai sistem tulisan yang dikenali sebagai hieroglif. Sistem tulisan tamadun Mesir Purba berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi. Sistem tulisan sangat penting dalam proses perkembangan tamadun Mesir Purba terutamanya untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan juga pengutipan cukai. Tulisan juga memainkan pernanan penting dalam tamadun Mesir Purba untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.